Tuesday, February 7, 2012

Pengalaman baru

Salam 'Alaik, baru sahaja berkesempatan untuk menggerakkan jari jemari ini menulis sedikit sweet n sour things yang berlaku pada musim cuti ini. Tidak dapat disangkal lagi setiap perkara yg Allah rancang ada baik dan buruknya.

Perkara pertama yg berlaku, pada 20-23 januari 2012 saya telah mengikuti kem jambori remaja Islam KPIJ yang berlangsung di hutan Rekreasi UTM skudai, Johor. untuk pertama kalinya saya mengikuti program anjuran KPIJ, sangat seronok hehe bukan sebagai peserta tetapi sebagai komiti je.....huhu jadi tulang belakang je, berkenalan dengan sahabat baru menambahkan lagi pengalaman dalam komunikasi. montaj kem boleh search kt utube, blh tgklah ye aktvti sepanjang program....

Yg seterusnya percutian yg tidak disangka-sangka membabitkan abah, ibu, saya, dan Salam(adik) ke Padang Indonesia, bukan hendak menunjuk- nunjuk tetapi nk berkongsi sedikit pengalaman yg saya perolehi ketika berada di negara orang. Percutian selama 4 hari 3 malam ini sangat menyeronokkan tambahan pula rombongan lawatan ini hanya seramai 14 org sahaja. huhuhuhu

kami pergi dengan menaiki flight Air Asia yg memakan masa selama 1 jam 15 minit sahaja. setibanya kami di Padang, Indonesia tourist guide terus membawa kami pergi melawat tempat- tempat yg menarik. Destinasi pertama ialah Bukit Tinggi tempat yg terkenal dengan pemandangan berbukit bukau yg sangat indah, kalah Cameron Highland kita, sungguhpun begitu tidak dinafikan kehidupan rakyat Indonesia yg sederhana dan rendah sgt memilukan kerana walaupun Bukit Tinggi terkenal sbg destinasi pelancongan namun kehidupan rakyatnya sgt sedih, kebanyakan rumah yg mereka duduk blh di kategorikan sbg pondok kalau kita kt Malaysia, huhu bersyukur atas apa yg kita ada sekarang....

Destinasi pertama kami di Padang ialah pergi ke tempat air terjun yg dikatakan airnya boleh mengekalkan keremajaan ala air untuk awet muda laaa, kt cni x blh mandi cume blh basuh muka dan rendam kaki je, airnya sgt kuat selaju 257km/j(kelentong je tp airnya mmg laju) tau huhu...


abah+ ibu di pintu masuk air terjun


bersama adik Salam

bersama ibu


ibu+ salam di kaki air terjun


Kemudian kami teruskan destinasi ke Pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan Minangkabau kira mcm muzium yg berkaitan dgn adat minangkabau la sebab di Padang mengamalkan adat minang cm org negeri sembilan tp adat minang di Padang ni lagi kuat sebab asal usul minangkabau berasal dari Padang bukan dr negeri sembilan.... huhu

Diceritakan bahawa salah satu adat minangkabau ialah anak-anak lelaki yg berusia 10thn tidak lagi tinggal di rumah tetapi di surau-surau dan di masjid-masjid untuk belajar berdikari dan menuntut ilmu agama, mereka digalakkan untuk merantau supaya belajar menimba pengalaman dan tidak mengharapkan bantuan daripada keluarga...dan lagi adat minangkabau ialah yang meminang adalah dr belah wanita dan bukan lelaki tetapi mahar tetap dibayar oleh org lelaki dan amat pelik kalau yg msuk meminang adalah lelaki., adat ini masih lg diamalkan oleh masyrkt setempat..huhu,blh lihat Muziumnya yg berunsurkan adat minangkabau.....

di hadapan Muzium


abah+ ibu di pelamin adat Minangkabau



sewaktu mendengar penerangan mengenai adat minang


Bangunan Minang


antara brg perhiasan minang

Penat berjalan kami berhenti rehat utk mkn tengahari di sebuah restoran masakan Padang...


di pintu masuk restoran

menghadap makanan Lunch

Kemudian kami telah dibawa ke tempat utk membeli belah yg terkenal dgn pelancong...belilah setakat sehelai dua baju.....huhu


sudut hadapan kedai



duduk kepenatan berjalan

Destinasi seterusnya adalah tempat pembuatan lempeng tradisional Padang, huhu kedainya kecik je tp femes.....


tengah menunggu turn makan huhu


tempat pembakaran lempeng special


pemandangan sekitar kedai lempeng yg nyaman

Selesai makan lempeng kami dibawa ke tempat penginapan yg dinamakan sbg hotel Royal Denai yg terletak di kwsn tgh bndr, namun kwsn bndr mereka blh diumpamakan sbg kwsn kg kalau kt Malaysia,sgt tenang dan nyaman.....huhu selesa. Pada mlmnya kami dibawa meronda sekitar kwsn bndr selepas mkn namun x sempat nk amek gmbr cos bateri hbeh...huhu

Esoknya kami dibawa ke tempat rumah kelahiran Prof Hamka,yg dikenali sbg Buya Hamka...teruja sgt sebab saya selalu menggunakan kitab tafsir Al-Azhar beliau dlm penulisan esaimen dan tesis...utk ke rumah beliau mengambil masa selama 2 jam sebab rumah beliau sgt jauh di kwsn pedalaman.....sebelum itu kami singgah di suatu kedai yg menjual pelbagai jenis keropok seperti keropok labu, keropok jengkol, manisan terung dan byk lagi....di kwsn ini juga merupakan kwsn pengeluar labu yg byk....

depan signboard kedai tepi bukit

antara keropok-keropok yg unik:


keropok Labu


keropok Jering



kemudian kami dibawa ke rumah lelahiran Prof Hamka @ Buya Hamka.......


pandangan hadapan rumah Prof Hamka


ruang tamu



sudut koleksi gambar beliau


di bilik tempat kelahiran Buya Hamka



bersama anak saudara Buya Hamka


di hadapan rumah Buya Hamka


pemandangan sekitar rumah Buya Hamka


Diceritakan oleh anak saudara beliau bahawa nama sebenar beliau ialah Abd Malek, sejak kecil beliau terkenal dgn sikap yg sgt nakal walhal ayahnya adalah seorg Ulama' yg dikagumi, disebabkan kenakalan beliau, beliau seringkali dimarah dan dipukul oleh ayahnya, ibubapa beliau tidak dapat mengekalkan kebahagiaan dan akhirnya mereka berpisah ketika Malek masih kecil, Malek menjadi semakin nakal dan tidak mendengar kata sehingga ayahnya memukul beliau, disebabkan kekurangan kasih syg seorg ibu Malek terasa ayahnya tidak syg dirinya lg kerana memukul dan memarahi beliau, sehingga suatu ketika Malek menbuat onar di kawasan kg nya dan org kg mengadu kepada ayahnya lalu ayahnya pulang ke rumah dan memukul Malek sambil memarahinya, namun Malek sudah lali dgn rotan dan penangan ayahnya tiada rasa sakit tetapi hatinya sahaja yg terguris dan mengatakan bahawa ayahnya tidak syg kepadanya. Lalu Malek lari dr rumah menuju ke bandar berjalan kaki dan menumpang kenderaan org lantas beliau jatuh sakit dan disebabkan ayahnya seorg yg terkenal semua org kenal Malek lalu menghantarnya kpd ayahnya..

Kemudian Malek sedar bahawa sekiranya ingin buat sesuatu mesti dgn pengetahuan ibubapa, kemudian beliau bercadang utk merantau ke Mekah, setelah memberitahu ayahnya beliau memulakan perjalanan tanpa sebarang sesen pun dr ayahnya dan beliau tiada sebarang wang.....kalau nk tahu cerita selanjutnya blh berjumpa saya ea,huhu tp bla ank saudara Buya Hamka yg menceritakan kami semua terpana dan menangis kerana terharu dgn kisah perjuangan Buya Hamka, Hamka ni adalah singkatan kepada Haji Abd Malek bin Karim Abdullah( HAMKA)...huhu..

Selesai je kami pun meneruskan perjalanan ke Menara Gadang ygmana terdapat clock Tower yg besar dan merupakan tempat tarikan pengunjung, selesai dr menara Gadang kami pun pulang berehat menunggu ketibaan malam.


Hadapan Menara Jam Gadang


bersama abah+ibu


kami berjalan sekitar bukit Tinggi dan window shoping je huhu kenudian balik berehat di hotel dan berkemas krn kami nk check out dr hotel jm 9 waktu Malaysia, nk berpindah ke tempat yg lain utk menikmati pemandangan sekitar Padang ini...huhuhuhu

Keesokannya kami menuju ke tempat yg terkenal dgn cerita Malin Kundang dan siti NurBaya, kami dibawa melihat jambatan dimana siti nurbaya membunuh diri dan tmpt dimana letaknya patung Malin Kundang yg dikatakan disumpah ibunya menjadi patung selepas durhaka...huhuhu tp kami x ada gambar krn bateri out of servis, sebelum itu kami ada menyinggah ke Istana Pagar Ruyong, siapa yg minat sejarah tahulah apa kepentingan istana ni, istana ni sgt besar tp masih lg dlm renovation laaa, kami juga dibawa melihat batu bersurat(real bukan monumen ) yg dijaga rapi oleh masyarkat setempat yg mengatakan islam telah sampai ke kawasan ini.


salah satu pusat sulaman yg terkenal


bergambar bersama salah satu hasil tenunan pelajar


sekian sahaja yg terakhir adalah gambar semasa di airport Padang masa dh nk blik ke Malaysia, selamat tinggal Indonesia, ada masa kita akan bertemu kembali....Kenangan ini akan sentiasa bermain di ingatan. salam