Tuesday, February 7, 2012

Pengalaman baru

Salam 'Alaik, baru sahaja berkesempatan untuk menggerakkan jari jemari ini menulis sedikit sweet n sour things yang berlaku pada musim cuti ini. Tidak dapat disangkal lagi setiap perkara yg Allah rancang ada baik dan buruknya.

Perkara pertama yg berlaku, pada 20-23 januari 2012 saya telah mengikuti kem jambori remaja Islam KPIJ yang berlangsung di hutan Rekreasi UTM skudai, Johor. untuk pertama kalinya saya mengikuti program anjuran KPIJ, sangat seronok hehe bukan sebagai peserta tetapi sebagai komiti je.....huhu jadi tulang belakang je, berkenalan dengan sahabat baru menambahkan lagi pengalaman dalam komunikasi. montaj kem boleh search kt utube, blh tgklah ye aktvti sepanjang program....

Yg seterusnya percutian yg tidak disangka-sangka membabitkan abah, ibu, saya, dan Salam(adik) ke Padang Indonesia, bukan hendak menunjuk- nunjuk tetapi nk berkongsi sedikit pengalaman yg saya perolehi ketika berada di negara orang. Percutian selama 4 hari 3 malam ini sangat menyeronokkan tambahan pula rombongan lawatan ini hanya seramai 14 org sahaja. huhuhuhu

kami pergi dengan menaiki flight Air Asia yg memakan masa selama 1 jam 15 minit sahaja. setibanya kami di Padang, Indonesia tourist guide terus membawa kami pergi melawat tempat- tempat yg menarik. Destinasi pertama ialah Bukit Tinggi tempat yg terkenal dengan pemandangan berbukit bukau yg sangat indah, kalah Cameron Highland kita, sungguhpun begitu tidak dinafikan kehidupan rakyat Indonesia yg sederhana dan rendah sgt memilukan kerana walaupun Bukit Tinggi terkenal sbg destinasi pelancongan namun kehidupan rakyatnya sgt sedih, kebanyakan rumah yg mereka duduk blh di kategorikan sbg pondok kalau kita kt Malaysia, huhu bersyukur atas apa yg kita ada sekarang....

Destinasi pertama kami di Padang ialah pergi ke tempat air terjun yg dikatakan airnya boleh mengekalkan keremajaan ala air untuk awet muda laaa, kt cni x blh mandi cume blh basuh muka dan rendam kaki je, airnya sgt kuat selaju 257km/j(kelentong je tp airnya mmg laju) tau huhu...


abah+ ibu di pintu masuk air terjun


bersama adik Salam

bersama ibu


ibu+ salam di kaki air terjun


Kemudian kami teruskan destinasi ke Pusat dokumentasi dan informasi kebudayaan Minangkabau kira mcm muzium yg berkaitan dgn adat minangkabau la sebab di Padang mengamalkan adat minang cm org negeri sembilan tp adat minang di Padang ni lagi kuat sebab asal usul minangkabau berasal dari Padang bukan dr negeri sembilan.... huhu

Diceritakan bahawa salah satu adat minangkabau ialah anak-anak lelaki yg berusia 10thn tidak lagi tinggal di rumah tetapi di surau-surau dan di masjid-masjid untuk belajar berdikari dan menuntut ilmu agama, mereka digalakkan untuk merantau supaya belajar menimba pengalaman dan tidak mengharapkan bantuan daripada keluarga...dan lagi adat minangkabau ialah yang meminang adalah dr belah wanita dan bukan lelaki tetapi mahar tetap dibayar oleh org lelaki dan amat pelik kalau yg msuk meminang adalah lelaki., adat ini masih lg diamalkan oleh masyrkt setempat..huhu,blh lihat Muziumnya yg berunsurkan adat minangkabau.....

di hadapan Muzium


abah+ ibu di pelamin adat Minangkabau



sewaktu mendengar penerangan mengenai adat minang


Bangunan Minang


antara brg perhiasan minang

Penat berjalan kami berhenti rehat utk mkn tengahari di sebuah restoran masakan Padang...


di pintu masuk restoran

menghadap makanan Lunch

Kemudian kami telah dibawa ke tempat utk membeli belah yg terkenal dgn pelancong...belilah setakat sehelai dua baju.....huhu


sudut hadapan kedai



duduk kepenatan berjalan

Destinasi seterusnya adalah tempat pembuatan lempeng tradisional Padang, huhu kedainya kecik je tp femes.....


tengah menunggu turn makan huhu


tempat pembakaran lempeng special


pemandangan sekitar kedai lempeng yg nyaman

Selesai makan lempeng kami dibawa ke tempat penginapan yg dinamakan sbg hotel Royal Denai yg terletak di kwsn tgh bndr, namun kwsn bndr mereka blh diumpamakan sbg kwsn kg kalau kt Malaysia,sgt tenang dan nyaman.....huhu selesa. Pada mlmnya kami dibawa meronda sekitar kwsn bndr selepas mkn namun x sempat nk amek gmbr cos bateri hbeh...huhu

Esoknya kami dibawa ke tempat rumah kelahiran Prof Hamka,yg dikenali sbg Buya Hamka...teruja sgt sebab saya selalu menggunakan kitab tafsir Al-Azhar beliau dlm penulisan esaimen dan tesis...utk ke rumah beliau mengambil masa selama 2 jam sebab rumah beliau sgt jauh di kwsn pedalaman.....sebelum itu kami singgah di suatu kedai yg menjual pelbagai jenis keropok seperti keropok labu, keropok jengkol, manisan terung dan byk lagi....di kwsn ini juga merupakan kwsn pengeluar labu yg byk....

depan signboard kedai tepi bukit

antara keropok-keropok yg unik:


keropok Labu


keropok Jering



kemudian kami dibawa ke rumah lelahiran Prof Hamka @ Buya Hamka.......


pandangan hadapan rumah Prof Hamka


ruang tamu



sudut koleksi gambar beliau


di bilik tempat kelahiran Buya Hamka



bersama anak saudara Buya Hamka


di hadapan rumah Buya Hamka


pemandangan sekitar rumah Buya Hamka


Diceritakan oleh anak saudara beliau bahawa nama sebenar beliau ialah Abd Malek, sejak kecil beliau terkenal dgn sikap yg sgt nakal walhal ayahnya adalah seorg Ulama' yg dikagumi, disebabkan kenakalan beliau, beliau seringkali dimarah dan dipukul oleh ayahnya, ibubapa beliau tidak dapat mengekalkan kebahagiaan dan akhirnya mereka berpisah ketika Malek masih kecil, Malek menjadi semakin nakal dan tidak mendengar kata sehingga ayahnya memukul beliau, disebabkan kekurangan kasih syg seorg ibu Malek terasa ayahnya tidak syg dirinya lg kerana memukul dan memarahi beliau, sehingga suatu ketika Malek menbuat onar di kawasan kg nya dan org kg mengadu kepada ayahnya lalu ayahnya pulang ke rumah dan memukul Malek sambil memarahinya, namun Malek sudah lali dgn rotan dan penangan ayahnya tiada rasa sakit tetapi hatinya sahaja yg terguris dan mengatakan bahawa ayahnya tidak syg kepadanya. Lalu Malek lari dr rumah menuju ke bandar berjalan kaki dan menumpang kenderaan org lantas beliau jatuh sakit dan disebabkan ayahnya seorg yg terkenal semua org kenal Malek lalu menghantarnya kpd ayahnya..

Kemudian Malek sedar bahawa sekiranya ingin buat sesuatu mesti dgn pengetahuan ibubapa, kemudian beliau bercadang utk merantau ke Mekah, setelah memberitahu ayahnya beliau memulakan perjalanan tanpa sebarang sesen pun dr ayahnya dan beliau tiada sebarang wang.....kalau nk tahu cerita selanjutnya blh berjumpa saya ea,huhu tp bla ank saudara Buya Hamka yg menceritakan kami semua terpana dan menangis kerana terharu dgn kisah perjuangan Buya Hamka, Hamka ni adalah singkatan kepada Haji Abd Malek bin Karim Abdullah( HAMKA)...huhu..

Selesai je kami pun meneruskan perjalanan ke Menara Gadang ygmana terdapat clock Tower yg besar dan merupakan tempat tarikan pengunjung, selesai dr menara Gadang kami pun pulang berehat menunggu ketibaan malam.


Hadapan Menara Jam Gadang


bersama abah+ibu


kami berjalan sekitar bukit Tinggi dan window shoping je huhu kenudian balik berehat di hotel dan berkemas krn kami nk check out dr hotel jm 9 waktu Malaysia, nk berpindah ke tempat yg lain utk menikmati pemandangan sekitar Padang ini...huhuhuhu

Keesokannya kami menuju ke tempat yg terkenal dgn cerita Malin Kundang dan siti NurBaya, kami dibawa melihat jambatan dimana siti nurbaya membunuh diri dan tmpt dimana letaknya patung Malin Kundang yg dikatakan disumpah ibunya menjadi patung selepas durhaka...huhuhu tp kami x ada gambar krn bateri out of servis, sebelum itu kami ada menyinggah ke Istana Pagar Ruyong, siapa yg minat sejarah tahulah apa kepentingan istana ni, istana ni sgt besar tp masih lg dlm renovation laaa, kami juga dibawa melihat batu bersurat(real bukan monumen ) yg dijaga rapi oleh masyarkat setempat yg mengatakan islam telah sampai ke kawasan ini.


salah satu pusat sulaman yg terkenal


bergambar bersama salah satu hasil tenunan pelajar


sekian sahaja yg terakhir adalah gambar semasa di airport Padang masa dh nk blik ke Malaysia, selamat tinggal Indonesia, ada masa kita akan bertemu kembali....Kenangan ini akan sentiasa bermain di ingatan. salam

Wednesday, November 23, 2011

Kebahagiaanku

Salam 'alaik, alhamdulillah baru ada kesempatan untuk mencoret sedikit kalam sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 pembaca..

Sekadar untuk hati ini hari 24 november adalah merupakan hari yang sangat berharga bagi diriku kerana pada saat 2.15 pg tadi pada hari ini tahun 1989 saya dilahirkan oleh mak yang tercinta. Yangmana pengorbanannya sangat berharga kerana telah melahirkan satu lagi anak adam didunia ini. di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan abah kerana telah melahirkan dan menjaga saya sehingga saat ini dan juga kerana telah bersabar dalam menghadapi kerenah saya sepanjang 22 tahun. Segala kasih sayang dan perhatian tidak dapat dibalas hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa yang tidak terhingga ini kepada mak dan abah.. Bagi sesiapa yang membaca coretan ini minta sedekahkan Al-Fatihah kepada mak yang dh 2 tahun kembali kerahmatullah, terima kasih,

Ucapan yang tidak terhingga juga kepada abang2 dan kakak2 yang menyanyangi diri ini dan sanggup menahan keletah adik yang jahat ini sehingga hari ini, hanya Allah sahaja yang mampu membalasa jasa baik kalian semua. terima kasih yang ikhlas yang tidak pernah diungkapkan kerana kelemahan adik ini sendiri,juga kepada adik salam kerana sudi melayan emosi kakak ni..u all semua memang yang terbaik dan saya bangga dengan kalian, semuga kalian menjadi seorang yang dirahmati dan diberkati oleh Allah hendaknya..

Selagi kedua orang tua kita masih lagi berada di dunia ini berbuat baiklah kepada mereka agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunannya


Kasih sayangmu tiada hadnya
Yangmana tidak dapat ku hayati pada hayatmu
Hanya tersedar dari lamunan setelah ketiadaanmu
Betapa merinduimu hingga akhir waktu
Namun apakah kudratku melawan waktu
Ku mengharapkan yang terbaik untukmu
Amanlah disana wahai ibuku
Akan ku pastikan keselesaanmu
Tidak ku lupa mendoakanmu
Hanya itulah bakti kudratku
Amalah terakhir untuk dirimu
Terima Kasih atas jagaanmu
Akan ku abadikan dalam kenanganku

-salam sayang dari anakmu-

Saturday, November 5, 2011

salam Aidil Adha

salam aidil adha, dikesempatan ini eloklah sekiranya kita mengimbau kembali kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail 'alaihimussalam betapa rasa taabudnya mereka kepada Allah sehingga sanggup melakukan apa saja perintah Allah walaupun mengorbankan nyawa.



Apakah kita sanggup berkorban sedemikian? x perlulah berkorban jauh, sejauh manakah kita sanggup menginfakkan harta kita utk jln Allah? yg selalunya ramai diklgn mahasiswa especially bile dpt ptptn apa yg mereka lakukan? hehe g mydin atau mane2 shoppg cmplex borong brg2 yg bkn keperluan,tkar hndset la, spare part mtor la, kalau yg extrem sikit g beli kete sebijik just utk show off alasan utk memudahkn keje, tp dyeorg membebel kalau minyak naik, gula naik,megi naik dan mcm2 lg la brg naik konon2 dyeorg concern dgn isu sms...klakar la ragam manusia di zaman kegawatan ekonomi ini.


However,berbalik kpd isu masalah hati ini muga dgn ketibaan aidil adha ini dpt membuka ruang2 hati utk lebih dekat kpd Allah. K insyaAllah pd thun dpn bln 6 bertambah keceriaan di rumah dgn tangisan anak2 yg bakal dilahirkan..hehe tak sbr rsenye nk dpt ank saudara baru, hm bkn seorg tp 3 org dengan berlainan parents,my big brother + my angah + my sister...wonder ble mereka berkahwin??haha mereka nikah pd 10 & 17 sept 2011 cume x sempt nk update je dlm blog ni..k sekian di bawah adlh gmbr2 sewaktu majlis perkahwinan mereka.






sewaktu akad nikah




sewaktu baca taklik



sewaktu memberi mahar




saat yg sgt 'touching', kemudian kita tgk plak saat my sister nikah, tgk di bawah ye:






sewaktu akad nikah




pemberian mahar





saat' touching'




k now kite tgk time persandingan yg olok2 kt rumah sewaktu selesai jr proses nikah kteorg trus wat mkn2 n ada la sesi bergambar sikit di klgn keluarga namun tema rumah kteorg warne biru tp gmbar sewaktu bersanding d rumah x ad gmbbrnye sebab msing2 dpt tugas lain2 dan x ad plak dtugaskan mengambil gmbr huhuhu sedey:




di rumah k.Anis Gelang Patah







di rumah Taman Rozy,Muar



di rumah Abg Fahmi Melaka



Kesimpulannya yg berkahwin ini dengan my angah yg ada 4 anak itu yg sedang mengandung sekarang,semuga semua dapat bersalin dengan lancar dan tiada sebarang masalah harap juga semuga dengan bakal kelahiran ini dapat mengembangkan lagi ajaran islam kepada seluruh umat...sekian dulu semoga kita dapat pengajaran drpd aidil adha pada kali ini Wallahu A'lam. salam aidil adha dari aisyah sekeluarga .

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.

Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.

Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.

Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.


salam ramadhan karim........

Wednesday, July 6, 2011

Soleh

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keletah manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Monday, July 4, 2011

HADIS 21

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).


Pengajaran hadis:

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya,
selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau dihujung lidah semata-mata.

-DAKWAH ITU INDAH BILA KERANA ALLAH-

Sunday, June 5, 2011

Majlis Pertunangan 2

Salam tanggal 29hb mei 2011 plak telah berlangsung satu lg majlis pertunangan akhi Noorsyahreer bertempat di rumah pihak perempuan di Gelang Patah masih lg disekitar Johor sudah semestinya.....huhuhu




sebelum bertolak ke rumah pihak perempuan





sewaktu berhenti solat zohor berhampiran gelang patah

Rombongan ini adalah rombongan untuk merisik+ meminang ( sekali 2 terus), sebanyak 4 buah kereta dan sebijik Estima yang sarat dengan penumpang join kembara ini huhuhu meriah sekali... kemudian sesampai je di rumah pihak perempuan kiteorang terus serbu masuk dengan brg2 hantaran:




antara barang hantaran dr kami

Kita saksikan sekarang saat2 mereka berbincang dan seterusnya saat sarung cincin:







fokus kepada brg2 hantaran






saat2 yg paling 'touching'


ibu+anis amira
selesai je sarung cincin kami terus dihidangkan dengan makanan dan kemudian pulang ke rumah semula



saat2 nampak makanan semua tgh lapar makanan2 yg ada mmg sedap



gambar terakhir sebelum balik

My akhi ni InsyaAllah kalau x de ap2 akan berkahwin pada tahun ini bulan 9 tp masih lg dlm perbincngn antr keluarga, apa2 hal pun semoga hubungan ini dirahmati Allah hendaknya, sekian 'Ukhuwah Itu Indah Bila Kerana Allah'