Wednesday, November 23, 2011

Kebahagiaanku

Salam 'alaik, alhamdulillah baru ada kesempatan untuk mencoret sedikit kalam sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 pembaca..

Sekadar untuk hati ini hari 24 november adalah merupakan hari yang sangat berharga bagi diriku kerana pada saat 2.15 pg tadi pada hari ini tahun 1989 saya dilahirkan oleh mak yang tercinta. Yangmana pengorbanannya sangat berharga kerana telah melahirkan satu lagi anak adam didunia ini. di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak dan abah kerana telah melahirkan dan menjaga saya sehingga saat ini dan juga kerana telah bersabar dalam menghadapi kerenah saya sepanjang 22 tahun. Segala kasih sayang dan perhatian tidak dapat dibalas hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa yang tidak terhingga ini kepada mak dan abah.. Bagi sesiapa yang membaca coretan ini minta sedekahkan Al-Fatihah kepada mak yang dh 2 tahun kembali kerahmatullah, terima kasih,

Ucapan yang tidak terhingga juga kepada abang2 dan kakak2 yang menyanyangi diri ini dan sanggup menahan keletah adik yang jahat ini sehingga hari ini, hanya Allah sahaja yang mampu membalasa jasa baik kalian semua. terima kasih yang ikhlas yang tidak pernah diungkapkan kerana kelemahan adik ini sendiri,juga kepada adik salam kerana sudi melayan emosi kakak ni..u all semua memang yang terbaik dan saya bangga dengan kalian, semuga kalian menjadi seorang yang dirahmati dan diberkati oleh Allah hendaknya..

Selagi kedua orang tua kita masih lagi berada di dunia ini berbuat baiklah kepada mereka agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunannya


Kasih sayangmu tiada hadnya
Yangmana tidak dapat ku hayati pada hayatmu
Hanya tersedar dari lamunan setelah ketiadaanmu
Betapa merinduimu hingga akhir waktu
Namun apakah kudratku melawan waktu
Ku mengharapkan yang terbaik untukmu
Amanlah disana wahai ibuku
Akan ku pastikan keselesaanmu
Tidak ku lupa mendoakanmu
Hanya itulah bakti kudratku
Amalah terakhir untuk dirimu
Terima Kasih atas jagaanmu
Akan ku abadikan dalam kenanganku

-salam sayang dari anakmu-

Saturday, November 5, 2011

salam Aidil Adha

salam aidil adha, dikesempatan ini eloklah sekiranya kita mengimbau kembali kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail 'alaihimussalam betapa rasa taabudnya mereka kepada Allah sehingga sanggup melakukan apa saja perintah Allah walaupun mengorbankan nyawa.



Apakah kita sanggup berkorban sedemikian? x perlulah berkorban jauh, sejauh manakah kita sanggup menginfakkan harta kita utk jln Allah? yg selalunya ramai diklgn mahasiswa especially bile dpt ptptn apa yg mereka lakukan? hehe g mydin atau mane2 shoppg cmplex borong brg2 yg bkn keperluan,tkar hndset la, spare part mtor la, kalau yg extrem sikit g beli kete sebijik just utk show off alasan utk memudahkn keje, tp dyeorg membebel kalau minyak naik, gula naik,megi naik dan mcm2 lg la brg naik konon2 dyeorg concern dgn isu sms...klakar la ragam manusia di zaman kegawatan ekonomi ini.


However,berbalik kpd isu masalah hati ini muga dgn ketibaan aidil adha ini dpt membuka ruang2 hati utk lebih dekat kpd Allah. K insyaAllah pd thun dpn bln 6 bertambah keceriaan di rumah dgn tangisan anak2 yg bakal dilahirkan..hehe tak sbr rsenye nk dpt ank saudara baru, hm bkn seorg tp 3 org dengan berlainan parents,my big brother + my angah + my sister...wonder ble mereka berkahwin??haha mereka nikah pd 10 & 17 sept 2011 cume x sempt nk update je dlm blog ni..k sekian di bawah adlh gmbr2 sewaktu majlis perkahwinan mereka.






sewaktu akad nikah




sewaktu baca taklik



sewaktu memberi mahar




saat yg sgt 'touching', kemudian kita tgk plak saat my sister nikah, tgk di bawah ye:






sewaktu akad nikah




pemberian mahar





saat' touching'




k now kite tgk time persandingan yg olok2 kt rumah sewaktu selesai jr proses nikah kteorg trus wat mkn2 n ada la sesi bergambar sikit di klgn keluarga namun tema rumah kteorg warne biru tp gmbar sewaktu bersanding d rumah x ad gmbbrnye sebab msing2 dpt tugas lain2 dan x ad plak dtugaskan mengambil gmbr huhuhu sedey:




di rumah k.Anis Gelang Patah







di rumah Taman Rozy,Muar



di rumah Abg Fahmi Melaka



Kesimpulannya yg berkahwin ini dengan my angah yg ada 4 anak itu yg sedang mengandung sekarang,semuga semua dapat bersalin dengan lancar dan tiada sebarang masalah harap juga semuga dengan bakal kelahiran ini dapat mengembangkan lagi ajaran islam kepada seluruh umat...sekian dulu semoga kita dapat pengajaran drpd aidil adha pada kali ini Wallahu A'lam. salam aidil adha dari aisyah sekeluarga .

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.

Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.

Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.

Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.


salam ramadhan karim........

Wednesday, July 6, 2011

Soleh

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keletah manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Monday, July 4, 2011

HADIS 21

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).


Pengajaran hadis:

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya,
selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.

(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.

(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.

(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau dihujung lidah semata-mata.

-DAKWAH ITU INDAH BILA KERANA ALLAH-

Sunday, June 5, 2011

Majlis Pertunangan 2

Salam tanggal 29hb mei 2011 plak telah berlangsung satu lg majlis pertunangan akhi Noorsyahreer bertempat di rumah pihak perempuan di Gelang Patah masih lg disekitar Johor sudah semestinya.....huhuhu




sebelum bertolak ke rumah pihak perempuan





sewaktu berhenti solat zohor berhampiran gelang patah

Rombongan ini adalah rombongan untuk merisik+ meminang ( sekali 2 terus), sebanyak 4 buah kereta dan sebijik Estima yang sarat dengan penumpang join kembara ini huhuhu meriah sekali... kemudian sesampai je di rumah pihak perempuan kiteorang terus serbu masuk dengan brg2 hantaran:




antara barang hantaran dr kami

Kita saksikan sekarang saat2 mereka berbincang dan seterusnya saat sarung cincin:







fokus kepada brg2 hantaran






saat2 yg paling 'touching'


ibu+anis amira
selesai je sarung cincin kami terus dihidangkan dengan makanan dan kemudian pulang ke rumah semula



saat2 nampak makanan semua tgh lapar makanan2 yg ada mmg sedap



gambar terakhir sebelum balik

My akhi ni InsyaAllah kalau x de ap2 akan berkahwin pada tahun ini bulan 9 tp masih lg dlm perbincngn antr keluarga, apa2 hal pun semoga hubungan ini dirahmati Allah hendaknya, sekian 'Ukhuwah Itu Indah Bila Kerana Allah'












Majlis Pertunangan

Salam pada 22hb mei 2011 bersamaan hari ahad my ukhti shahidah melangsungkan pertunangan di rumah kami, tema kaler adalah kuning, kita boleh tgk gambar di bawah:


Sempena nk menyambut hari yang bersejarah ini bilik pun di cat dengan kaler kuning yg sgt terang, huhu........






antara gambar2 barang hantaran pihak perempuan

kita saksikan sekarang saat menyarung cincin merisik+ bertunang ye:






saat menyarung cincin

selesai je saat ini semua pun pergi bersantap dan sesi penggambaran:

makan bersama orang taman di khemah yg disediakan


bergambar bersama saudara-mara


bergambar bersama adik beradik


bersama2 tunangnyer
Hmmm.....kemudian InsyaAllah mereka akan melangsungkan ikatan perkahwinan pada 17 september ini,semoga hubungan ini diberkati Allah, sekian... "Ukhuwah Itu Indah Bila Kerana Allah"












Sunday, May 15, 2011

Sifat manusia

Imam Ghazali & ibnu Qayyim ada menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang berkongsi watak dengan binatang. Antara sifat binatang yang ada pada manusia ialah:

  1. Watak ganas dan suka bergaduh seperti harimau dan singa. Sebab itu dunia ini tidak pernah sunyi daripada keganasan dan pergaduhan kerana wujudnya manusia2 sebegini.
  2. Watak yang beremosi seperti ayam jantan, lembu jantan dan lain2. Manusia jenis ini bertindak, mencari peluang dan mempertahankan orang lain berdasarkan emosinya.
  3. Watak suka menyalak seperti anjing samada dalam keadaan terdesak atau aman, manusia berwatak anjing ini menyalak sesuka hatinya kepada pencuri disalaknya dan kepada tuannya pun disalak juga.
  4. Watak menggoda seperti iblis. Manusia berjiwa iblis menggoda orang lain mengikut kehendaknya. Iblis mengetahui dirinya dilaknat dan direjam oleh Allah, lalu dia menggoda bagi merosakkan manusia dan binasa seperti dirinya.
  5. Watak yang sukakan kebaikan dan iman seperti Malaikat, Manusia seperti ini berusaha menyelamatkan manusia lain walaupun manusia itu sedang berada di jurang api neraka. Segala usaha dibuat supaya manusia itu kembali kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.
Watak yang ada pada kita menjadi tabiat kita. Apabila kita mengasuh diri kita sebagai orang yang suka bercakap dengan sifat pemberian tuhan, kita menjadi orang yang pandai bercakap, kita boleh menjadi juruhebah, penceramah, pakar motivasi dan sebagainya. Apabila kita mengasah bakat penulisan kita, kita menjadi penulisan yang hebat pula. Demikianlah pembentukan watak dalam diri kita. Kita menjadi seperti yang kita asuh dan biasakan dalam kehidupan seharian. Jadi tentukanlah watak apa yang kita mahukan bagi diri masing2. sekian wallahu a'lam

Tuesday, May 10, 2011

Hadith 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



mengikut kepada mafhum hadith ini Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Hari ini adalah merupakan hari terakhir antara saya & rmte saya bersama, dari pagi saya teman pka hantar basikal dan kemudian kami makan tengahari, duduk2 baring2 jam 3 petang bertolak ke mbkt dengan teksi yang disewa. sesampai di mbkt jam 3.45 terjumpa plak housemate yang mengikuti KAKS mereka duk menjual kerepek dekat sana klakar betol disebabkan kawan kteorg pon tolong membeli...........berbual2 jap pka pon naek bas ke kemaman jam 4, housmate pun nak balik ke kem dyeorg cos KAKS ni lame seminggu so dyeorg kana la bertahan dkt sane..malam ni jam 9.30 turn saya pulak naek bas,harap2 semua berjalan dengan lancar.

Apabila kita berkawan perlulah kerana Allah, apabila kita berkerja juga adalah kerana Allah, apabila kita berpersatuan hendaklah kerana Allah kerana hanya dengan ikhlas kerana Allah semua perkara yang kita lakukan akan menjadi manis dan lancar buat kita.....sekian Wallahu a'lam.

Thursday, May 5, 2011

Halwa mulut

Persahabatan di jalan Allah
ia lebih sukar dari NAHU SARAF
lebih rumit dari ADAB NUSUS
lebih susah dari BALAGHAH
lebih payah dari ARUDH QAFIYAH
tp x se"tension" FIQH
cume mesti ada INSYA' MUTALAAH antara kita
barulah persahabatn dapat difahami
kerana persahabatan itu seindah HIFZ AL-QURAN TAJWID
Ukhuwah itu indah bila kerana ALLAH

Wednesday, May 4, 2011

Hadith 18


عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ. رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.





Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan,mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.



Kita boleh jengah terhadap kehidupan kita seharian, masyarakat sekeliling kita, persekitaran kita, keluarga kita, teman kita dan juga diri kita. Telah menjadi sebati dengan kita dan boleh dikatakan sebahagian dr diri kita sendiri tp kita x pernah terfikir setiap perbuatan kita ni adakah betul atau salah? manfaat atau tidak? cube berfikir sejenak tentang perbuatan kita 10 minit yg lalu,apa yg kita buat??ada menyinggung sesiapa x? apabila kita hidup byk perkara kita perlu laksanakan, byk perkara juga perlu kita jaga, dan byk perkara juga perlu kita pandang, tidak perlu utk kita memikirkan dri kita sendiri tnpa perasaan org lain. cth kita marah seseorang tp ada x kita fikir dia mrh x kt ak? kita ada perasaan mrh,sedih,gembira,kecewa, duka,dn byk lg tp kita ada terfikir x org sekeliling kita ad x perasaan yg sama ngan kita.

Pada saat kita gembira ad ke semua org berkongsi perasaan yg sama, kalau kita lihat diri kita, ak marah ada sebab org lain kalu marah mesti ada sebab juga, tidak ada dlm dunia ni hobi seseorg itu marah..kalau kita lihat ada seseorg mcm dh x bertegur sapa ngan kita sedangkan kita dulu adalah org yg kmcing ngan kita mesti ada sebab knape dye dh x kamcing ngan kita...kita selami perasaan kita, ini ak ke? betul k apa yg ak buat?betul k jalan yg ak lalu?

Ada satu cerita yg sgt bez utk dijdikan renungan, Ada satu zaman yg mana terdapat 6 sekawan yg kalau ada apa2 mesti dyeorg wat sama2 1 team la, kemudian selepas 1 tempoh dtg pula segerombolan kwn yg laen utk menambah ahli, kemudian team 6 sekawan td cm dh sedikit terbubar, tinggallah 4 sekawan berasingan dgn yg 2 member dye td, member 2 org td ad team laen jdinye dyeorg ad 4 member jugak...sekarang ada 2 team yg mana setiap team ada 4 ahli.....mereka selesa dgn team masing2 sehingga ada satu tempoh salah satu team tdi dh x serasi bersama jdinye setiap ahli tdi bwk hala tuju sendiri, setiap member ad sikap tersendiri, hmmm suka membebel, suka bersendirian, seorg yg x blh hidup kalu x de geng n seorg yg perlu kpd seseorg utk jge dia...unikkan ?? hehehe, yg seorg yg x bleh hidup kalau x de geng tdi masuk plak pada team 4 sekawan yg 1 lg tdi, segala suka duka dieorg sama2, sehingga satu thp seorg ahli tarik diri bwk diri sendiri kerana nk berubah kpd yg lebih baik, rumit kn cerita ni??

Jdinye tinggal ngam2 4 sekawan, dyeorg sungguh rapat n byk dugaan dyeorg harungi bersama, accidentlah, g jln2, picnic, smbut hari lahir, hmmm konvo dn mcm2 lg, sehingga sampai masa dyeorg kene bwak haluan sendiri, yg seorg dh berkahwin, yg seorg lagi pindah tempt lain, jdinye tinggallah 2 org sekawan bersama.......segalanya masih lg mcm dulu sama dn tidak berubah tp ingtkn panas smpai k mlm rupanya hujan di tghari, ygmna seorg kwn tdi die bertekad utk mengejar matlamat dia sehingga dia tinggalkan kwn yg slalu bersama ngan dia, yg sedihnye yg berubah ni x sedar dia dh terlalu jauh utk dikejar, dia tinggalkan kwn dia terkapai2, hahaha yg lwknye dia kate kwn dia yg berubah, semua org tinggalkan dia, khianati dia, jeles ngan dia....pah2 kwn dia pun ckp, utk peringatanmu syg: Tidak pernah sekali2 aku tinggalkan kau, tidak pernah sekali2 aku berpaling dr kau cuma kau je yg telah tinggalkan aku jauh ke belakang tanpa kau toleh, kau saja yg telah berubah menjadi seorg yang aku x kenal, kau saja yg telah laju tinggalkan ak, kau saja yg abaikan ak, disebabkan itu aku membawa diriku tanpa kau sedari, disebabkan itu aku hanya memerhatikan kau dr jauh supaya apabila kau jatuh aku boleh tolong papah dan aku boleh tlg pikul, disebabkan itu juga aku x berlari mengejar kau kerana bg aku apa yg penting bukan matlamat tp niat yg ikhlas. aku dh beritahu kau sahabtku kau berubah mendadak,aku dh ingtkan kau sahabat agar kau berubah kepada yg aku kenal, aku dh merayu sahabt agar kau berhenti berlari tp kau degil dn terus berpaling dr nasihatku, disebabkan itu aku makin jauh dari kau dn ak sdh tawar hati utk berckp dgnmu kerana nasihatku hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi, apa yg aku blh buat utkmu sekarang hanyalah menunggu, menunggu kau yg dlu, menunggu kau berubah. itu saja harapan aku , segala kejayaan n perbuatan yg kau lakukan aku iringi dengan doa semuga kau tidak jatuh di pertengahan jalan wahai sahabatku sayang, aku mengasihimu ikhlas kerana Allah SWT.

Kita dapat lihat ragam manusia, kesimpulannya kita boleh berubah kepada sesuatu yg baik itu dinamakan sebagai hijrah tp kita sedar atau tidak samada perbuatan kita itu akan menyinggung perasaan seseorang ataupun tidak, bukan senang utk puaskan hati seseorg tp jgn sampai kita sakitkan hati mereka ckplah sekadar perkataan maaf.. sekian









Tuesday, May 3, 2011

Kenangan

Salam lame rasenye x menulis d blog x sempt nk bkak sekarang adalah musim peperiksaan di UniSZA, setiap blok kediaman sunyi dan kdg2 terdengar ada seorang dua pelajar menjerit stress kot hehe.......hm mmg minggu exam adalah minggu penentu, penentu kejayaan seseorang samada berjaya atau gagal dalam perjuangannya.

Minggu exam juga adalah minggu yg sukar utk ditempuhi oleh saya,pelbagai cabaran dan ujian terpaksa ditempuhi dengan ragam manusia, sahabat, emosi, tanggungjawab dan byk lg, tp bila difikir semua ini sgt menyeronokkan krn dgn pglmn ini dpt mematangkan kita, so x perlulah kita hndk sembunyi dr kenangan tp tempuhilah kenangan itu dengan hati terbuka... pepatah melayu kot ada mengatakan pengalaman itu mematangkan kita, so x perlu risau x perlu cemas pengalaman + kenangan adalah bgus utk kita menempuhi masa depan.

di musim exam ini juga disebabkab stress ahli rumah h5/2 wat satu masakan yg dipanggil penkek hehe disertakan juga gmbr penkek yg kiteorg wat:








hm gmbr cm sedap kn?? mmg sdp pun penkek ni tahniah pd chef kite iaitu EQA tahniah!!! mmg bez la ahli H5/2. Sekian sahaja utk kali ini jumpa lg salam

Saturday, April 16, 2011

Rehlah

Pada 15 april 2011 jumaat, rumah H 5/2 ada mengadakan acara tahunan rumah sebagai acara terakhir kami bersama sepanjang tahun ini kerana selepas ini kami akan membawa haluan masing2. Destinasi kami adalah Sekayu....sangat seronok , antra makanan2 yg kami bwk adalah sandwish, fries, sosej,jajan2, nasi , kentang masak kicap, telur dadar, air masak, air bikarbonat dll... Kami bertolak dalam pukul 7.30 dan smpai dalam pukul 8.30 pg, antara driver2nye adalah saya sendiri, yuyu dan pka....adalah tgkp sekeping dua gmbr masa kt cne:



kt dpn pn2 masuk sekayu





sampai2 je kene check in kt tmpt pndftran hah yg tkg dftr ialah wani dan ini adalah bukti kiteorg dftr kt c2


tmpt guard duduk2


guard terbaik sekayu

ahaa lupe plak nk gtaw kteorg g 1 rumah seramai 8 org...........semua terlibat dlm aktviti ini...hehe, pah2 ni gmbr sewaktu ngah berkobar2 nk g mndi









haaaaa,mmg semangat tp bila dh smpi kt tmpt mndi semua tkot nk trun air,sejuk la apa la hahahahaha mcm2 ragam ada,ni org pertama yg semangat trun air,jeng2:


pka

mmg semangat,org laen sarapan dulu tp dye terjun air dlu hahahahahaha, k2 ni antara2 perenang hebat malaysia:


ecah+ pka+ eqa+wani


su

k sekang ni antara org2 yg tkot air,sila saksikan ye:


k.rosma+ yuyu+nik




ahah,lpas puas berendam kteorg pun blik dlm kul 12.30tghri n singgah d masjid kristal tok solat zohor n mkn lunch sama2.......inilah kenangan terbaik walaupun smpai2 rumah je semua jd puteri beradu........semoga dgn kenangan kita ni ukhuwah kita akan kekal selama-lamanya kerana Allah, InsyaAllah...............