Wednesday, May 4, 2011

Hadith 18


عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ. رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.





Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan,mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.



Kita boleh jengah terhadap kehidupan kita seharian, masyarakat sekeliling kita, persekitaran kita, keluarga kita, teman kita dan juga diri kita. Telah menjadi sebati dengan kita dan boleh dikatakan sebahagian dr diri kita sendiri tp kita x pernah terfikir setiap perbuatan kita ni adakah betul atau salah? manfaat atau tidak? cube berfikir sejenak tentang perbuatan kita 10 minit yg lalu,apa yg kita buat??ada menyinggung sesiapa x? apabila kita hidup byk perkara kita perlu laksanakan, byk perkara juga perlu kita jaga, dan byk perkara juga perlu kita pandang, tidak perlu utk kita memikirkan dri kita sendiri tnpa perasaan org lain. cth kita marah seseorang tp ada x kita fikir dia mrh x kt ak? kita ada perasaan mrh,sedih,gembira,kecewa, duka,dn byk lg tp kita ada terfikir x org sekeliling kita ad x perasaan yg sama ngan kita.

Pada saat kita gembira ad ke semua org berkongsi perasaan yg sama, kalau kita lihat diri kita, ak marah ada sebab org lain kalu marah mesti ada sebab juga, tidak ada dlm dunia ni hobi seseorg itu marah..kalau kita lihat ada seseorg mcm dh x bertegur sapa ngan kita sedangkan kita dulu adalah org yg kmcing ngan kita mesti ada sebab knape dye dh x kamcing ngan kita...kita selami perasaan kita, ini ak ke? betul k apa yg ak buat?betul k jalan yg ak lalu?

Ada satu cerita yg sgt bez utk dijdikan renungan, Ada satu zaman yg mana terdapat 6 sekawan yg kalau ada apa2 mesti dyeorg wat sama2 1 team la, kemudian selepas 1 tempoh dtg pula segerombolan kwn yg laen utk menambah ahli, kemudian team 6 sekawan td cm dh sedikit terbubar, tinggallah 4 sekawan berasingan dgn yg 2 member dye td, member 2 org td ad team laen jdinye dyeorg ad 4 member jugak...sekarang ada 2 team yg mana setiap team ada 4 ahli.....mereka selesa dgn team masing2 sehingga ada satu tempoh salah satu team tdi dh x serasi bersama jdinye setiap ahli tdi bwk hala tuju sendiri, setiap member ad sikap tersendiri, hmmm suka membebel, suka bersendirian, seorg yg x blh hidup kalu x de geng n seorg yg perlu kpd seseorg utk jge dia...unikkan ?? hehehe, yg seorg yg x bleh hidup kalau x de geng tdi masuk plak pada team 4 sekawan yg 1 lg tdi, segala suka duka dieorg sama2, sehingga satu thp seorg ahli tarik diri bwk diri sendiri kerana nk berubah kpd yg lebih baik, rumit kn cerita ni??

Jdinye tinggal ngam2 4 sekawan, dyeorg sungguh rapat n byk dugaan dyeorg harungi bersama, accidentlah, g jln2, picnic, smbut hari lahir, hmmm konvo dn mcm2 lg, sehingga sampai masa dyeorg kene bwak haluan sendiri, yg seorg dh berkahwin, yg seorg lagi pindah tempt lain, jdinye tinggallah 2 org sekawan bersama.......segalanya masih lg mcm dulu sama dn tidak berubah tp ingtkn panas smpai k mlm rupanya hujan di tghari, ygmna seorg kwn tdi die bertekad utk mengejar matlamat dia sehingga dia tinggalkan kwn yg slalu bersama ngan dia, yg sedihnye yg berubah ni x sedar dia dh terlalu jauh utk dikejar, dia tinggalkan kwn dia terkapai2, hahaha yg lwknye dia kate kwn dia yg berubah, semua org tinggalkan dia, khianati dia, jeles ngan dia....pah2 kwn dia pun ckp, utk peringatanmu syg: Tidak pernah sekali2 aku tinggalkan kau, tidak pernah sekali2 aku berpaling dr kau cuma kau je yg telah tinggalkan aku jauh ke belakang tanpa kau toleh, kau saja yg telah berubah menjadi seorg yang aku x kenal, kau saja yg telah laju tinggalkan ak, kau saja yg abaikan ak, disebabkan itu aku membawa diriku tanpa kau sedari, disebabkan itu aku hanya memerhatikan kau dr jauh supaya apabila kau jatuh aku boleh tolong papah dan aku boleh tlg pikul, disebabkan itu juga aku x berlari mengejar kau kerana bg aku apa yg penting bukan matlamat tp niat yg ikhlas. aku dh beritahu kau sahabtku kau berubah mendadak,aku dh ingtkan kau sahabat agar kau berubah kepada yg aku kenal, aku dh merayu sahabt agar kau berhenti berlari tp kau degil dn terus berpaling dr nasihatku, disebabkan itu aku makin jauh dari kau dn ak sdh tawar hati utk berckp dgnmu kerana nasihatku hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi, apa yg aku blh buat utkmu sekarang hanyalah menunggu, menunggu kau yg dlu, menunggu kau berubah. itu saja harapan aku , segala kejayaan n perbuatan yg kau lakukan aku iringi dengan doa semuga kau tidak jatuh di pertengahan jalan wahai sahabatku sayang, aku mengasihimu ikhlas kerana Allah SWT.

Kita dapat lihat ragam manusia, kesimpulannya kita boleh berubah kepada sesuatu yg baik itu dinamakan sebagai hijrah tp kita sedar atau tidak samada perbuatan kita itu akan menyinggung perasaan seseorang ataupun tidak, bukan senang utk puaskan hati seseorg tp jgn sampai kita sakitkan hati mereka ckplah sekadar perkataan maaf.. sekian









No comments:

Post a Comment