Sunday, December 12, 2010

walimah abah


Tarikh 29 oktober 2010 menjadi saksi abah mendapat seorang suri baru di hati dan memulakan hidup kami sebagai anak yang mempunyai seorang ibu

Friday, August 6, 2010

salam ramadhan

7 hari AllAH ciptakan bumi,
yg ddlmnya terdapat 7 benua,
7 samudera,
& diatasnya terdapat 7 lapisan langit,
dan 7 lapisan bumi,
dgn hiasan 7 warna pelangi,
sebagai tnda 7 bidadari,
m/s pertama Al- quran(al-fatihah) terdapat 7 ayat,
dan 7 hari lg kita akn menyambut bulan suci ramadhan,
selamat menyambut bulan ramadhan.

Sunday, June 13, 2010

pembersihan




salam dh lama rasenye x tulis ap2 kat blog ni,sbnrnye dlm minggu cuti sek ni rumah saya telah diserang anai2 banyak sangat so,kami sekeluarga menjalakan aktiviti pembersihan dan mengecat semula dinding2 yg rosak ....bar kami taw betapa banyaknya barang dlm rumah yg comel ni....hahahaha masuk hari ni dh hmpir seminggu kami menjalankan aktiviti ni ditambah pula dengan penambahan bilik baru dlm rumah kami ni,abah dh upah org utk wat satu lg blik air dlm rumah ni jadi rumah sangat serabut dan bersepah,hampir setiap ruang dipenuhi dengan barang2... rase cm duduk dlm kedai barang..hehehehe,lain cerita hari ni ustaz bakar yg pernah mengajar di lughatul quran(bekas sek mengh) kahwin hari ni...rase cm x pergi kot kerana cyg kn kpd bln rejab yg penuh dgn barakah....rasenye 2 je lah setakat ni,selamat menyambut bulan rejab kepada semua,semuga kita semua mendapat rahmat dari-Nya

Saturday, March 20, 2010

kenduri kawen

rini ad knduri kawen tp bkn kt umah kte tp dpn umah....heheheh,ble ntah umah ni nk ad knduri kawen,lame dh tggu ni.....nk citer last week HEP ku yg tercinta ada wat 1 lwtn industri k melaka n key-el,agak seronok perasaan nk jd usahawan 2 ad tp tgk la dlu,hehehe....nk dijadikn citer laen sblm ni ad g umah org asli kt post hndrop,sekitar Gua Musang.....bez tp agak letih stndart la kalu dh g wat amal kene ad scrifice kn????hmmm,sdgkn lidh lg tergigit apata lg la member2 kn????lpas blik dri post ni pun ad perbalahan lg,ntah pape kn???yg peningnye tbe2 je nk mengamuk kt klaz????logik k????ish3...tp ap nk wat yg past is past kn????hehehehe....lpas ni hopefully kite sume berbaik2 sempena dh nk hbeh final ni.....sekian

Tuesday, January 12, 2010


sis sorang ni plajar KYM tertinggal lak gmbr dye ni tdi

ni gambar family yg the latest pnyer sewaktu raya thn 09

nama-nama quran

Lately, saya ada buat 1 esaimen tjuk ini dan hasilnya amat mengejutkan saya kerana terdapat byk nama quran sebenarnya
Al-Quran dan Al-Furqan adalah merupakan nama yang termasyhur bagi kitab suci itu. Dan ada lagi nama-nama lain yang kurang masyhur seperti Al-Kitab, Az-Dzikru dan At-Tanzil. Malah penyusun kitab Al-Burhan Fi Ulum al-Quran membilang nama-nama Al-Quran ada sebanyak 55 nama. Dan penyusun kitab ( لتبيان ) pula menghitungnya sebanyak lebih daripada 90 nama.
Menurut Dra.H. St. Amanah dalam bukunya yang bertajuk “ Pengantar Ilmu Al Quran dan Tafsir” , Al Quran mempunyai 55 nama iaitu:
1) Al Quran (القراءن)
Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

2) Al Kitab (الكتاب)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.

3) Adz Dzikr (الذكر)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tuntutan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita. Terdapat lebih kurang 5 perkataan Zikru dalam Quran.

4) Al Furqan (الفرقان)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan. Di dalam Al Quran perkataan Furqan sekitar 6 sahaja.
5) Mubiin (مبين)
Allah SWT menyifatkan Al Quran dengan sifat ini kerana ayat- ayat Quran ini nyata dari Allah SWT. Bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat

6) Nur (نور)
Bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu
membacanya dan menghayati isi kandungannya.
7) Huda (هدى)
Bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia.
8) Rahmat (رحمة)
Bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya
9) Syifa’(شفاء)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya
10) Al-Mau’izhah (موعظة)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.

Sunday, January 10, 2010

kisah aneh

salam, saya baru jek bukak i luv islam n saya dapati artikel ni mmg bez utk dikongsi...hayati bersma2 ye
AbdullahAbu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, 2. Engkau sembunyikan, 3. Engkau terimalah, 4. Jangan engkau putuskan harapan, 5. Larilah engkau daripadanya." Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: 1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. 2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

know me

Alhamdulillah,this is the newest blog of mine....semuga kita dapat memanfaatkan blog ini dengan sebaik mungkin