Tuesday, January 12, 2010

nama-nama quran

Lately, saya ada buat 1 esaimen tjuk ini dan hasilnya amat mengejutkan saya kerana terdapat byk nama quran sebenarnya
Al-Quran dan Al-Furqan adalah merupakan nama yang termasyhur bagi kitab suci itu. Dan ada lagi nama-nama lain yang kurang masyhur seperti Al-Kitab, Az-Dzikru dan At-Tanzil. Malah penyusun kitab Al-Burhan Fi Ulum al-Quran membilang nama-nama Al-Quran ada sebanyak 55 nama. Dan penyusun kitab ( لتبيان ) pula menghitungnya sebanyak lebih daripada 90 nama.
Menurut Dra.H. St. Amanah dalam bukunya yang bertajuk “ Pengantar Ilmu Al Quran dan Tafsir” , Al Quran mempunyai 55 nama iaitu:
1) Al Quran (القراءن)
Al-Quran merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

2) Al Kitab (الكتاب)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.

3) Adz Dzikr (الذكر)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tuntutan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita. Terdapat lebih kurang 5 perkataan Zikru dalam Quran.

4) Al Furqan (الفرقان)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan. Di dalam Al Quran perkataan Furqan sekitar 6 sahaja.
5) Mubiin (مبين)
Allah SWT menyifatkan Al Quran dengan sifat ini kerana ayat- ayat Quran ini nyata dari Allah SWT. Bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat

6) Nur (نور)
Bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu
membacanya dan menghayati isi kandungannya.
7) Huda (هدى)
Bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia.
8) Rahmat (رحمة)
Bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya
9) Syifa’(شفاء)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya
10) Al-Mau’izhah (موعظة)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.

No comments:

Post a Comment