Tuesday, May 10, 2011

Hadith 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



mengikut kepada mafhum hadith ini Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Hari ini adalah merupakan hari terakhir antara saya & rmte saya bersama, dari pagi saya teman pka hantar basikal dan kemudian kami makan tengahari, duduk2 baring2 jam 3 petang bertolak ke mbkt dengan teksi yang disewa. sesampai di mbkt jam 3.45 terjumpa plak housemate yang mengikuti KAKS mereka duk menjual kerepek dekat sana klakar betol disebabkan kawan kteorg pon tolong membeli...........berbual2 jap pka pon naek bas ke kemaman jam 4, housmate pun nak balik ke kem dyeorg cos KAKS ni lame seminggu so dyeorg kana la bertahan dkt sane..malam ni jam 9.30 turn saya pulak naek bas,harap2 semua berjalan dengan lancar.

Apabila kita berkawan perlulah kerana Allah, apabila kita berkerja juga adalah kerana Allah, apabila kita berpersatuan hendaklah kerana Allah kerana hanya dengan ikhlas kerana Allah semua perkara yang kita lakukan akan menjadi manis dan lancar buat kita.....sekian Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment