Sunday, May 15, 2011

Sifat manusia

Imam Ghazali & ibnu Qayyim ada menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang berkongsi watak dengan binatang. Antara sifat binatang yang ada pada manusia ialah:

  1. Watak ganas dan suka bergaduh seperti harimau dan singa. Sebab itu dunia ini tidak pernah sunyi daripada keganasan dan pergaduhan kerana wujudnya manusia2 sebegini.
  2. Watak yang beremosi seperti ayam jantan, lembu jantan dan lain2. Manusia jenis ini bertindak, mencari peluang dan mempertahankan orang lain berdasarkan emosinya.
  3. Watak suka menyalak seperti anjing samada dalam keadaan terdesak atau aman, manusia berwatak anjing ini menyalak sesuka hatinya kepada pencuri disalaknya dan kepada tuannya pun disalak juga.
  4. Watak menggoda seperti iblis. Manusia berjiwa iblis menggoda orang lain mengikut kehendaknya. Iblis mengetahui dirinya dilaknat dan direjam oleh Allah, lalu dia menggoda bagi merosakkan manusia dan binasa seperti dirinya.
  5. Watak yang sukakan kebaikan dan iman seperti Malaikat, Manusia seperti ini berusaha menyelamatkan manusia lain walaupun manusia itu sedang berada di jurang api neraka. Segala usaha dibuat supaya manusia itu kembali kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.
Watak yang ada pada kita menjadi tabiat kita. Apabila kita mengasuh diri kita sebagai orang yang suka bercakap dengan sifat pemberian tuhan, kita menjadi orang yang pandai bercakap, kita boleh menjadi juruhebah, penceramah, pakar motivasi dan sebagainya. Apabila kita mengasah bakat penulisan kita, kita menjadi penulisan yang hebat pula. Demikianlah pembentukan watak dalam diri kita. Kita menjadi seperti yang kita asuh dan biasakan dalam kehidupan seharian. Jadi tentukanlah watak apa yang kita mahukan bagi diri masing2. sekian wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment